cursor

Cute Poka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Click here for Myspace Layouts

TaTaPaN UmUm

http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

http://www.cute-smiley.comDaisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickershttp://www.cute-smiley.com

Thursday, December 2, 2010

MeRuBah ciNta BudAyA

Bkn mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta.Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah prasyarat perkahwinan.Bahawa perkahwinan itu mesti di dahului oleh hubungan cinta.Ada "dating" , hubungan telefon dll.
Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan,kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta.Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul.Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta?Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
Mungkin kerana itulah agaknye ramai yang menganggap kehangatan cinta akn mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkhawinan.Dan ada yg mengambil masa yg cukup panjang untuk bercinta sebelum perkhawinan,kononnya mencari keseraian agar cinta terus berkekalan setelah perkhawinan.
     'CINTA SEBELUM PERKAHWINAN'
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh menggangu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan.Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk didalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan???Apabila hati kita di isi oleh cinta manusia dan nafsu,tiada tempat untuk cinta ALLAH.
Oleh yang demikian islam amat menekankan kawalan terhadap hati agr tidak mudah terpesong meletakkan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seprti doa dan sebagainya.
Antara doa yang patut diamalkan :''Ya Allah,Kurniakailah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau(ya Allah) terlebih aku cintai daripada air sejuk''
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan kita cinta kepada orang yang hampir dengan Allah.Jika seseorang itu cinta kepada manusia,ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa di pinta.Atau dalam erti kata yang lain ''cinta pandang pertama'' yang sememangnya tidak di undang yang boleh menggangu minda dan imaginasi.
Dalam keadan yang sedemikian kita amt digalakkan untk mengamalkan doa td.kedua,mengerjakan solat istikharah dan berdoa:''Ya Allah,aku suka orang ini,kalaulah dia ini betul2 pilihan yang tepat untuk aku didunua akhirat,pertemukan lah jodoh kami.jadikanlah dia isteri(atau suami)ku.Kalau tidak baik,Ya Allah,elakkanlah''
''if u luv someone'' mintalah kepada Allah.Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah.Allah berhak untk menjadikan makhlukNya suka atau tidak.silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing2.Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin.Apatah lagi kalau sudah terlanjur,kemudian kahwin pula dgn org lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya.individu akan menyesal kerana ''she got nothing to offer'' kepada suami yang betul2 mencintainya.Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah.Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.
    'CINTA SELEPAS KAHWIN'
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul.Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang serba indah.Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat melayu islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin ats pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibu bapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya :''Dikahwini wanita itu atas empat perkara:harta,keturunan,rupa dan agama.Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akn mendapat kebajikan.''(mafhum hadith)
Bukan itu sahaja,malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi.Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan(match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan.Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.namun ini tidaklah menafikan perkara2 yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui.Misalnya,seseoarng dibolehkan melihat calon isteri atau suami,menyelidiki maklumat tentang pekerjaan,peribadi dan lain2 latar belakang calon.Ini semua dapat di buat dgn adanya pengaturan orang tengah sama ada terdiri daripada keluarga atau teman2 yang rapat.tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami @isteri melalui cara percintaan.
Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akn lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan.Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta.Rumahtangga pasti berseri apabila calon suami isteri sama2 cintakan Ilahi.
COUPLE=menghampiri zina
ZINA=haram
so, COUPLE=HARAM
its very simple equation

Renung-renungkan dan selamat beramal...

SuMber:tHnkZ MaS

No comments:

Post a Comment