Ketegangan, Kekecohan dan kebencian segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang dicetuskan melalui tunjuk perasaan, perarakan haram tidak berhenti setakat itu apabila sekumpulan provokasi Indonesia mewujudkan laman "KAMI ANTI MALAYSIA" di laman sosial popular Facebook. Laman yang disertai lebih 300,000 rakyat Indonesia itu menunjukkan kebencian mereka terhadap Malaysia.
Kelakuan rakyat Indonesia itu menjadi perbualan hangat di Facebook. Beberapa kenyataan yang sempat kami baca dari rakan Facebook rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan terhadap segelintir rakyat Indonesia yang sanggup melakukan perkara tersebut tanpa memikirkan sensitiviti sesebuah bangsa dan negara, sampaikan menghina pemimpin-pemimpin negara kita termasuk menghina para ulama.
Yang sangat menghairankan kami ialah majoriti yang menyertai laman tersebut adalah orang Islam, yang menjadi persoalannya sekarang sejauh manakah pegangan agama Islam rakyat Indonesia yang sanggup menghina sesama manusia dan juga saudara seislam. Begitu rapuh pegangan dan akhlak mereka, sehingga sensitiviti sebuah negara menjadi permainan dan keseronakan. Jika dilihat dari sudut itu, tidak mustahil bencana yang melanda Indonesia beberapa tahun ini adalah berpunca dari akhlak dan pegangan mereka yang hanya menggunakan Islam sebagai medium persendaan.
Adakah kita sebagai rakyat Malaysia amnya, hanya membiarkan saudara kita terus hanyaut dalam permainan yang membawa kepada kemudaratan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin juga, adakah kita hanya melihat negara kita yang tercinta dihina, dimaki dan dihambur kebencian sebegini rupa.
Pokok pangkalnya, kerajaan adalah medium penting dan perlu memainkan peranan dalam menangani hal ini. Indonesia juga sebagai negara majoriti Islam harus sedar dan berfikir secara tripikal dalam menangani hal ini, jangan biarkan emosi mengawal diri kita.
TOB cadangan agar anda 'report' laman tersebut demi menjaga tali persaudaraan sesama Islam.
Ini adalah Link page tersebut:
No comments:
Post a Comment