Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265
Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.
TiAdA perbEzAAn ANak LeLAki DAn AnAK peremPuAn
Nabi Muhammad saw ketika digembirakan dengan kelahiran Fatimah r.ha., Baginda melihat tanda-tanda kehampaan pada wajah sahabat-sahabat Baginda lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Kenapa kamu kulihat begini? Aku mencium bau syurga dan rezeki Fatimah berada di atas Allah swt."
Begitu juga Nabi saw menangis ketika kewafatan anaknya Ibrahim lalu ditanya oleh para sahabat, "Adakan engkau menangis wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw, "Ini adalah sifat Rahmat (kasih-sayang) yang dijadikan oleh Allah dalam hati manusia."
Sesungguhnya anak-anak kita (tidak kira lelaki atau perempuan) memerlukan kasih sayang yang jujur daripada ibu bapa. Ingat firman Allah swt dalam surah al-Syura ayat 49 yang bermaksud; "Dia yang menganugerahkan anak perempuan dan anak lelaki itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki."
Allahu a'lam
Allah berfirman yang bermaksud:
“Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh.” (Surah al-A‘raf 7: 199)
Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang amat masyhur dalam sirah. Rasulullah s.a.w. dengan ringan hati memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.
Allah juga berfirman yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Surah al-Baqarah 2: 263)
Ingin jadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)
Memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorang Muslim. Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripadamu.
Sumber: Majalah Solusi isu 26 ms 13 di bawah kolum Mahmudah vs Mazmumah
No comments:
Post a Comment