cursor

Cute Poka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Click here for Myspace Layouts

TaTaPaN UmUm

http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

http://www.cute-smiley.comDaisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickershttp://www.cute-smiley.com

Tuesday, December 28, 2010

AdAkaH benar iTu cinTa


Seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang perempuan.

“ Aku betul-betul sayangkan dia” Ujar lelaki itu. “ Perempuan itu pun cintakan aku”
Saya memandang sahaja.

“ Kami berdua saling cinta mencintai” Tambahnya lagi.
Saya menghela nafas.

“ Salah ke kami berjumpa? Keluar sama-sama? Sembang-sembang? Kami nak lepaskan rasa rindu. Cinta kami terlalu menggunung”

“ Kau panggil itu cinta?” Saya memandangnya. Kali ini, mata saya mencerun.

Kononnya, cinta tidak tertanggung, rindu menyelirat agung. Oh, lautan api akan diredah, gunung tinggi akan didaki. Langit angkasa akan dijejak. Bulan bintang akan menjadi saksi. Segala apa pun sanggup dilakukan, asalkan cinta bersemi di dalam hati.

“ Aku betul-betul sayangkan dia, cintakan dia”

Rasa itu memang bergejolak, menolak-nolak. Hati rasa tersiat, seluruh tubuh seakan khianat. Kadang-kadang langsung tidak dapat mengawal diri. Ada masa hendak menangis menanggung cinta ini, ada masa tersennyum-senyum sendiri.
Setiap waktu hanya nampak dia. Ketika tidur hanya mimpikan orang yang kita cinta. Bila bangun terbayangkan dia. Setiap waktu hanya nampak dia sahaja.

“ Aku cintakan mu, i love you, aishiteimasu, uhibbuki, saranghaeyo, ik houk van jou, miluji tě, je’ti aime” Bahasa melayu, inggeris, jepun, arab, korea, belanda, albania dan perancis disebut. Semuanya makna satu. Kalau arif seratus bahasa, kesemuanya akan diluahkan sebagai tanda cinta.

Mabuk. Mimpi yang entah berapa tahun lagi baru menjadi realiti, tetapi terasa seperti esok akan menjadi.


Benarkah itu cinta?

“ Kau panggil itu cinta?” Mataku mencerun.

“ Habis?” Walau saya tidak menyentuh dadanya, dari matanya sudah saya ketahui hatinya diamuk getar. Mungkin terasa bila cinta yang dianggapnya agung itu hendak digugah.

“ Kau tahu apa itu cinta?” Saya bertanya.

Dia mengangguk pantas. “ Cinta itu adalah sayang. Cinta dari hati, sayang sepenuh hati”

“ Kau tahu apa makna sayang?”

“ Menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan, membuat dia bahagia”

“ Maka kamu tidak mencintai dia sebenarnya” Saya menjawab perlahan.

Matanya membesar. Terus tangannya meragut kolat baju saya. Saya ditarik kasar.

“ Apa dia? Mana kau tahu? Jangan kau hendak menghitung cintaku. Cintaku kepadanya seluar langit dan bumi. Apa sahaja boleh kuberi. Kenapa kau nyatakan yang aku tidak mencintainya?” Marah. Matanya berapi.
Mabuk. Dia tidak sedar. Yang dikatakannya cinta itu, hakikatnya tidak bernilai walau satu habuk.

“ Sebab kau lontarkan diri kau, dan orang yang kau kata kau cinta itu, ke dalam neraka” Mataku memandangnya tidak berkelip.

“ Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Dia terdiam.

“ Apakah itu cinta?”

Manusia terlalu bodoh. Dia merasakan cintanya agung melangit. Tetapi dia tidak sedar, sebenarnya ketika itu dia tidak mencintai. Hakikatnya, dia pun tidak dicintai. Dia melontarkan pasangannya ke neraka. Pasangannya juga melontarkannya ke neraka. Apakah itu cinta yang sebenarnya?

“ Cinta itu mahal. Kau sebenarnya tidak mengerti makna cinta” Aku menambah. Pegangan tangannya mula melonggar.


Cinta yang sebenar, cinta yang menembusi akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing akan menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa. Ayah ibu akan menyalahkan anak kerana dosa anak terpalit pada dirinya. Anak akan menyalahkan ayah ibu menuduh ayah tidak menjaga dan mendidiknya. Suami akan menyalahkan isteri kerana tidak taat kepada ALLAH. Isteri juga akan menyalahkan suami kerana meninggalkan amanah mentarbiyah keluarga. Hari itu, tidak bermakna langsung cinta cinta yang diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak menembus ke akhirat. Bertahan di tebing kubur sahaja, kemudian tertinggal.

Apakah itu dinamakan cinta?

Saya tidak nampak.

“ Kau fikir, cinta dengan perempuan itu, hanya sekadar ucap i love you?” Saya menepuk bahunya.
Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada TUHAN. Maka cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan.

“ Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAh Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan(perancangan, agenda)” Surah An-Nur ayat 30.

“ Tetapi, aku merasa bahagia. Malah, ada orang seperti ku, berkahwin, dapat anak, bahagia hingga ke akhir hayat” Dia cuba mempertahankan diri.

“ Apakah makna cinta, jika ia tidak dikira sebagai kehidupan? Hidup hanya untuk ALLAH, apakah harga cinta jika ia tertolak di sisiNya? Kau bahagia di dunia, tetapi kau sengsara di akhirat sana. Apakah makna cinta?”

“ Dan ada dari kalangan mereka yang meminta, Ya RABB kami, berilah kami apa yang ada di dunia. Dan di akhirat kelak, mereka ini tidak mendapat apa-apa pun” Surah Al-Baqarah ayat 200.

Secara tidak sedar, cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk ILAHI. Dari cinta kepada ILAHI inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asasnya iman dan taqwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan ALLAH.

“ Habis, salahkah aku bercinta? Cinta fitrah manusia!” Dia cuba membentak. Nampak sukar menerima.

“ Cinta tidak bersalah. Jatuh cinta bukan jenayah. Persoalannya, bagaimanakah kau bercinta, kenapa kau bercinta, untuk apakah kau bercinta?”

“ Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap manusia akan mendapat apa yang diniatkan olehnya. Sekiranya dia berhijrah kerana ALLAH dan rasulNya, maka dia akan mendapat ALLAH dan rasulNya. Jika dia berhijrah kerana dunia untuk mendapat isinya, atau kerana wanita untuk mengahwininya, maka dia akan berhijrah ke arah apa yang dia hijrahkan” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Akhirnya, manusia yang tidak mendirikan cintanya berasaskan iman dan taqwa, akan melihat jawapan-jawappan kepada tiga persoalan itu adalah sama. Nafsu. Ya, kepuasan diri semata-mata. Rapuh bukan? Sedangkan cinta itu saling kasih mengasihi. Tetapi sedar atau tidak, kita menjalani cinta yang berasaskan nafsu ini, hanya untuk kepuasan diri sendiri. Itukah cinta?


“ Tapi… tapi… aku bukan sekadar cinta sahaja. Aku berkorban juga. Aku belikan dia itu dan ini. Aku…”

“ Itu semua tipuan sahaja. Kau berkorban untuk dia mencintai kau bukan? Bukankah itu mementingkan diri? Kau mencintainya untuk diri kau. Kau namakan itu cinta?”

Akhirnya kepalanya tertunduk. Saya menghela nafas. Daifnya cinta manusia. Syaitan menghias-hias cinta daif itu menjadi agung. Tinggi melangit. Merentas lautan api kononnya. Mahu merentas neraka bersama kah?

“… Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk” Surah An-Naml ayat 24.

Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tetapi bahagia hingga ke akhirat sana. Apakah makna cinta jika kita melontarkan pasangan kita ke neraka?
Kita akan ada anak, kita akan ada kerja, hidup berkeluarga nanti penuh dengan cabarannya. Siapakah yang memandang ke hadapan melihat hal ini? Biasanya, yang bercinta berasaskan kepuasan diri ini, hanya nampak sebatas gerbang perkahwinan sahaja. Nampakkah dia bagaimana dia hendak membesarkan anaknya nanti? Nampakkah dia bagaimana dia hendak menyara keluarganya nanti? Lebih besar lagi, bagaimana dia hendak membawa keluarganya hidup dalam keredhaan ALLAH?

Kebaikan akan memusnahkan keburukan, tetapi keburukan tidak akan sesekali mendatangkan kebaikan.

Jatuh cinta bukan jenayah. Tetapi bagaimakah kita bercinta, kenapa kita bercinta, untuk apa kita bercinta? Itu persoalan yang mesti dijawab sebenarnya. Cinta berasaskan iman dan taqwalah yang membuatkan kita mencintai pasangan kita, anak-anak kita sepenuh jiwa. Kita sara mereka dengan wang yang halal, kita hidupkan mereka dalam suasana ISLAM, agar bahagia itu berkekalan hingga ke syurga, bukan sebatas air mata di tepi perkuburann sahaja.
Cinta adalah ibadah. Bukan untuk memuaskan perasaan sahaja.

“ Dan tiadalah AKU ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah” Surah Adz-dzariyat ayat 56.

“ Habis, bagaimana aku sekarang? Perlukah aku memutuskan cinta?”

Saya menggeleng. Belakang tubuhnya saya tepuk-tepuk lembut.

“ Perbaiki diri kamu, dan ajaklah orang yang kamu cintai itu untuk kembali muhasabah. Sama-sama kamu perbaiki diri. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada ILAHI. Bercintalah dengan cara yang betul, bercintalah dengan sebab yang betul, bercintalah dengan matlamat yang betul.”

“ Sekiranya kamu bersyukur kepadaKu, maka akan AKU tambahkan bagimu(nikmatKu)…” Surah Ibrahim ayat 7.

Dia menghela nafas. Aku tersenyum sahaja. Bukan senang. Tetapi itulah jalannya. Sebab syurga, dan harga kekal abadi itu lebih mahal nilainya.

Itu cinta dia.

Bagaimanalah agaknya dengan cinta saya?

Oleh Hilal Asyraf



ShAre:DarIpADA Fb :aBU hANiFAH

No comments:

Post a Comment