cursor

Cute Poka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Click here for Myspace Layouts

TaTaPaN UmUm

http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

http://www.cute-smiley.comDaisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickershttp://www.cute-smiley.com

Thursday, December 2, 2010

DuNiA iBarAt SeBuAh KaPl LaYar

Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman , iaitu akhirat.Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya  dari alam mana.
Ditengah-tengah  pelayaran,kapal  ini  berhenti  disebuah  pulau bernama “DUNIA”.Disini  penumpamg-penumpangnya  berehat  sementara  bagi  mencukupkan  sebarang  keperluan  kecil  dalam   pelayaran  seterusnya  ke  pelabuhan-pelabuhan  bahagia.
Rumput-rumput  dipulau  persinggahan  ini terlalu  indah,pantainya  putih  bersih.
Kapten  kapal  mengizinkan  para  penumpangnya  turun  sebentar  untuk  beristirehat  sambil  melihat-lihat.Beliau berpesan ,jangan  ada  daripada  mereka  yang  lalai  apabila  terdengar  isyarat   kapal  akan meneruskan  pelayaranya.
Sebahagiannya  patuh  kepada  peringatan  kepten,tetapi  sebahagiannya  lalai  dan  terleka  dan  mendapati  tempatnya  dikapal  itu  telah  diduduki  orang.sehagian besarnya  pula  terus  leka  dan lalai  bahawa  pelayarannya  masih  jauh.Dia  terpengaruh  kerana  terpesona  dengan  keindahan  pualu yang  disinggahinya  itu,seolah-olah  tiada  tempat  lain  lagi  seindah  itu.
Berkali-kali  loceng  kapal  dibunyikan  memanggil  penumpang  naik  ke  kapal,tetapi  dia  membuat  endah  tak  endah   sahaja  dengan  panggilan  itu.Akhirnya  kapal  membongkar  sauhnya  dan  belayar  menuju  alam  aman  dan  bahagia,sedangkan  yang  lain  tinggal  dipulau  itu.
Apabila  mereka  telah  berjalan  dari  pangkal  ke  hjung  pulau  itu,barulah  disedari  bahawa  pulau  bukan tempat  sebenar  yang  dituju.Disitu  dia  dikeliling  air,dia  menyesal,tetapi  penyesalan   itu  tidak  berguna  lagi.Kapal  telah  semakin  jauh  meninggalkannya.Dia menangis  dan  meraung  meminta  diambil  semula.
Orang-orang  tiada  lagi  yang  jadi  kawn,dan  kapal  lain  tiada  lagi  yang  datang.Sesal  bertimpa-timpa,hari  bertambah  gelap,malam menyerkup  suasana.Maka berkeliaranlah   ular,kala,lipan  dan  binatang-binatang  berbisa  keluar  dari  sarangnya  hendak  menerkam  dan  menggigit.Makin  lama  makin  bertambah  banyak  mengancam.

No comments:

Post a Comment