cursor

Cute Poka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Click here for Myspace Layouts

TaTaPaN UmUm

http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

http://www.cute-smiley.comDaisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickershttp://www.cute-smiley.com

Tuesday, December 7, 2010

MaNa SaTu PilIhAn HAtI?????

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yangsayangkan kita atau yang kita sayang?”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Sayamenarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diamsekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hatianak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsiahati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajahanaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ”mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akanterserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan olehseseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana samasamamencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiapinsan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasangpasangan.rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatufitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah sayamerah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodohdan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..

Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika... Saya tunduk malu,cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul diahantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin nitak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takutarwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguhsungguh.. Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta diajika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka takpernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Sayamerapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisahlama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoalsambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupunmungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untukmengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipidan dagu saya.

Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masihberkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doaketurunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat padaagama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, makpelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawankawandan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebabzaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudungbetul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul.Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah gurubesar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapinampak jambulnya..”

emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpakami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakaiseperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar dihujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulusikit-sikit emak ceritakan pada saya.

Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semulasetiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawankawanmak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikirbetul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marahatau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agamaterjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna maksedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama.

Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudungsedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnahakan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batassyariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran sayasedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta padaseseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwahni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorangatas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouplemungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin denganjodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahilorang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akandikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Egosaya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah ituMaha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yangselalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyahamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milikdia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu samalain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudaraperempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita adabatas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memeliharakehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakakrenungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurnaagamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kitadan dia sama-sama mencari redha Allah.... Kita dan dia masih bolehsama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah... Perbezaannya,dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabiseperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkaraluar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuhcinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suamiyang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialahkita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta,jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi taupada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kitamencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segalaperkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalahkerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atausesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekiansekianhal kerana Allah semata-mata.”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukanmilik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yangboleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah..Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara danmasuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tubiarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyikdengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangatberbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalamanbercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana taksama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasaisahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak,terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yangkita benci.

Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakaktak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawadalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masingmasing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah silelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yangmampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga silelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukanyang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnyakakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untukbersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemahlutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangatsangatkuat.

“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah...

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni padaAllah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengansuara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Cinta itu indah… lebih indah jika cinta kerana YangMaha Esa..

p/S:aq share dari org,...=)

No comments:

Post a Comment