cursor

Cute Poka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

Click here for Myspace Layouts

TaTaPaN UmUm

http://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com

http://www.cute-smiley.comDaisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickershttp://www.cute-smiley.com

Tuesday, November 30, 2010

I hAtE OKU!!!!!!!!!!!


Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.
"Tak mampu," kata mereka.
Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.
Merungut lebat, kerjanya lambat.
Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.
Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!
Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?
Sabar, sabar, sabar dulu...
OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.
OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.
Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?
Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.
OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!


P/S:mAtI2 aq inGaT BeNcI KaT OKU(OrAnG KUraNg UpAyA)

4 comments:

  1. ..maaf kalo aku kate aku tidak setuju...sebenarnya... pndpt kau tu salah....kau x brepe kenal degan "OKU" krana kau tidak dekat dgn mreka...sesungguhnya tuhan mencipta kita ada yang cantik dan buruk...dan juga ada tempoh kematangan kita...dan juga tempoh keuzuran...semuanya ada hikmah disebaliknya...OKU hanya mmikirkan kehidupan yang tidak lama nanti akan hilang dari mata setiap insan...dia kata tidak mampu adala krana memikirkan merka tak mampu tuk hidup...dan pada satu hari nanti kau mungkin akan merasa

    ReplyDelete
  2. huhuhuh..its ok..thnkz for u komen..=)..'oku' yg dimaksud kan dalah,orang kurang usaha...yup..sye xpernah merasa tapi,sye merasa menjaga orang yg kurang upaya...lumpuh satu badan..=)

    ReplyDelete
  3. ya...tapi saya sedih kerana...saya mempunyai seorang nenek yang OKU...dan .saya menjaga dia..dan dia juga lagi malas nak usaha untuk usaha...tapi kami sekeluaga cakap kat dia kami nak sangaat dia sehat...mungkin kamu pernah jaga OKU..tapi cuba tempatkan dirimu dipihak dia...saya tau kamu tensyon jaga OKU sendiri...apatah lagi saya yang masih belasan tahu untuk menasihat orang tua yang menggap mereka "makan garam dulu daripada kita"..

    ReplyDelete
  4. erm...umor belasan tahun???bapew umor awk???erm...nenek awk masih beruntung...mcm makcik sye umor dia dah umor 50 lebih..tp badan macm budak ...x blh cakap...tapi..lau nak apew2..dia tulis guna kaki..

    ReplyDelete